30 Mei 2012

resahnya hati....

بسم الله الرحمن الرحيم




Saat ini hati terasa amat gelisah memikirkan keputusan yang bakal aku terima...

peperiksaan oh peperiksaan...
ungkapan yang begitu sinonim dengan pelajar...
baru shj selesai menghadapi peperiksaan semester 2 ppg di ipg kampus Pulau Pinang...
belum sempat merasai leganya perasaan ini, debaran baru mulai terasa...

bagaimanakah keputusanku kelak?
apakah aku telah melakukan sebaik mungkin?
adakah kejayaan bakal menjadi milikku?

Sesungguhnya sukar bagiku untuk menjalankan melaksanakan segalanya dalam masa yang sama...
ku akui ramai pendidik di luar sana melalui tekanan dan situasi yang sama...
dan hanya kami yang mampu memahaminya....

Ya Allah...
Sesungguhnya kumohon pertolongan dariMu...
Berikan aku kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi segala cabaran dan ujianMu ini...
Aamin.

24 Mei 2012

Chammak Challo

suka lagu nih... layan....

Hari Guru SKSR 2012

Dah lama rasanya tak up date blog...aktiviti terkini aadalah majlis sambutan Hari Guru yang dijalankan serentak di seluruh negara...Tahun ni pulak dirasakan paling sibuk dan memenatkan apabila menjadi setiausaha sambutan dan pada waktu yang sama menduduki peperiksaan ppg. Ditambah pula dengan persediaan PSS untuk menerima pelawat dari PKG yang bertujuan untuk memantau perkembangan PSS. Masa dirasakan terlalu singkat. Walau bagaimanapun, sambutan tetap meriah. Tambahan pula,pelbagai aktiviti dilakukan dengan jayanya...paling best bila tengok cikgu lelaki main bola jaring...gaya auw gitu... geng cikgu perempuan pulak main futsal....best sangat2 walaupun amat meletihkan...almaklumlah, masing2 dah lama tak bersenam...jemputlah cuci mata...gambar2 sepanjang perjalanan hari guru SKSR...