21 Julai 2012

Ramadhan Al-Mubarak

Bismillahirrahmanirrahim


Fadhilat bulan ramadhan

Sejarah Ramadhan

Ramadhan: ertinya panas terik
Bulan di turunkan Al Quran dan disebut (syahru ramadhana)
Berlakunya perang Badar Kubra dan mendapat kemenangan.
Bulan dimana nabi mengambil balik Mekah dari tangan Musyrikin dan berakhirnya penyembahan berhala.
Di dalamnya dipilih ada malam al-qadar yakni lebih baik drpd 1000 bulan.
Di pilih untuk ibadat puasa.
Di pilih untuk ibadat-ibadat lain (tadarus Al Quran)


Kelebihan Bulan Ramadhan

Kamu akan di naungi Ramadhan. (bagi yg telah meninggal dunia terlepas dari siksa kubur)
Bulan penuh keberkatan
Di malamnya ada lebih baik drpd 1000 bulan
Amal sunat sama dengan solat fardhu
Manakala solat fardhu mendpt 70 kali ganda
Bulan sabar dan pahalanya adalah syurga
Bulan menambah rezeki
Memberi buka banyak pahala
Bulan keampunan
- doa yang paling makbul iaitu doa sebelum berbuka puasa.

- juga doa pada sepertiga malam.

10 hari pertama adalah mulanya rahmat,
10 hari pertengahan – pengampunan,
10 hari terakhir – kemerdekaan api neraka.


Amalan-amalan di bulan Ramadhan

Mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan
Menempah pakaian untuk Ramadhan
Niat puasa sebulan pada permulaan Ramadhan
Hendak tidur bacalah 4 ayat terakhir Surah Al Kahfi supaya dapat bangun malam
Berazam melakukan Terawih
Bertadarus
Solat berjemaah setiap waktu
Solat jemaah di masjid/surau
Amalkan Qiyamulail walaupun pendek
Sahur diwaktu akhir
Sahur – utk mengelakkan makanan tidak hadam elakkan makanan pedas dan tutup sahur dengan air susu
Mandi Janabah sebelum Imsak
Kurangkan tidur
Tunaikan Solat sunat fajar (Solat Sunat Subuh)
Tunaikan Solat Dhuha
Tidur waktu cuti (satu jam sebelum Zohor)
Tunaikan solat Rawatib
Jaga pacaindera
Elakkan gosok gigi pd waktu petang
Hadiri majlis ilmu
Buat baik pada ibubapa
Isteri hendaklah taat pada suami
Banyakkan bersedekah
Berbuka dgn 3 biji kurma dan air yg belum dipanaskan oleh api
Berbuka bersama orang tua
Jemput tetamu berbuka
Kurangkan berat badan
Banyakkan i’tikaf di masjid
Baiki hubungan suami isteri
Baiki hubungan jiran
Isteri jauhi daripada keluar memakai mekap & perhiasan
Elakkan berbelanja berlebihan
Kuatkan kesabaran
Banyakkan selawat,istighfar,bertasbih
Berazam beramal (pada malam Lailatul Qadar)
Mengejut anak dan isteri di malam Lailatul Qadar
Elakkan menonton TV yang membangkitkan nafsu
Elakkan mendengar radio berunsur hiburan
Berdoa dengan nada lembut dan merayu
Jauhkan bercumbu dengan suami/isteri
Mendoakan ibu bapa samaada hidup atau yang meninggal dunia
Melazimkan solat 5 waktu
Elakkan sebelum berbuka bersiar-siar yang menjadikan pandangan liar
Elakkan banyak berhutang
Melepaskan perasaan sedih melepaskan Ramadhan ditakuti tidak bertemu lagi dengan Ramadhan akan datang
Tunaikan zakat fitrah

Cara Beramal Di Malam Lailatul Qadar (Malam 21-30)

1. Kepada Orang Tua Lemah

Cara beramal solat Maghrib, Isyak dan Tarawih berjemaah di masjid/surau, ini sudah dikira beramal Al Qadar

2. Orang yg tidak sanggup solat malam yang panjang

Baca ayat akhir surah Al Baqarah
Baca ayat Kursi
Baca surah Yaasin
Baca surah Al Zalazah
Baca surah Al Qafirun
Baca surah Al Ikhlas

3. Bagi orang yamg kuat dan cergas

Bangunkan isteri dan anak
Mandi
Solat malam – Tahajjud, Taubat, Tasbih, Hajat, Istikharah, dan baca Al Quran

Kelebihan Solah Terawih

1. Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama
Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.


2. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua
Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.

3. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga
Para malaikat di bawah ‘Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.

4. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat
Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

5. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima
Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.

6. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.

7. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.

8. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan
Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.

9. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.

10. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesepuluh
Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.

11. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesebelas
Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.

12. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduabelas
Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.

13. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigabelas
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.

14. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempatbelas
Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.

15. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelimabelas
Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

16. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenambelas
Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

17. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuhbelas
Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

18. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapanbelas
Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).

19. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilanbelas
Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

20. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh
Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.

21. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh satu
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.

22. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh dua
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.

23. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tiga
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.

24. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh empat
Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

25. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lima
Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.

26. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh enam
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

27. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tujuh
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.

28. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lapan
Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.

29. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh sembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.

30. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigapuluh
Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar

01 Julai 2012

Sukan Tahunan SKSR 2012

Assalamualaikum w.t.h...


Hari ini 30 Jun 2012, SKSR melaksanakan Kejohanan Sukan Tahunan Kali Ke-73. Penat dirasakan berbaloi apabila majlis sukan dilaksanakan seperti yang dirancang...

Sejak pagi lagi. semua warga SKSR berkumpul di Stadium MPSP untuk menjayakan program hari sukan. Kali ini, saya ditugaskan sebagai pengacara majlis. Awal-awal pagi lagi dah capai mikrofon....hihihi...biasa la. Macam-macam yang dikatakan...pesan ini pesan itu...Yalah, bila berada atas stage dengan aturcara di tangan, pastinya saya harapkan semua perkara under control...wahhh...:)

Selain pengacara majlis, kena pulak satu tugas lain...buat aerobik...So apa lagi, terus minta tolong sorang ustazah ni ambik video...sampai lenguh tangan dia...apapun thanks to Maziatulhasni..Cer tengok video ni...sapa lagi yang paling tak ingat step dan merapu tu...Tahun depan mesti depa tak suruh dah...kihkihkih


Anak lelaki pulak dapat 1 emas (lompat jauh), 1 perak (lompat tinggi) dan 1 gangsa (100m)...itu jer acara yang Aiman masuk...boleh lahhh. tahun depan cuba lagi.
Aiman juga buat persembahan kompang semasa acara perasmian. Sempat jugak turun stage untuk ambil gambar...:)




Izzah pulak dapat 1 emas (60m) dan juga acara sukaneka. Gambar adik langsung tak sempat ambik...kesian pulak...Tahun depan umi ambik banyak-banyak tau...:)