25 Jun 2012

Suatu petang....

Assalamualaikum w.t.h.

Memandangkan sekarang ni, cuaca sangat panas...
ditambah pula dengan jerebu dengan indeks bacaan tidak sihat di kawasan seberang jaya...

so berkunjung ke tempat biasa untuk lepak...bukan shopping compleks yer...
tapi rumah adik la...mana lagi tempat bermanja yg paling dekat...hi3
petang sikit...terasa hati nak tengok orang kutip kepah...

dannnn tempat yang paling dekat adalah di pantai kuala muda...
tak pernah pi pun...ok jugak....ramai orang...dan boleh jugak berkelah ramai-ramai...
tapi disebabkan kami langsung tak merancang, terus serbuuu ja...
so beli ja jajan yd dijual...lagipun bukan nak makan sgt...nak bercanda ria ja...kih3
cer tengok pantai dan pemandangan di situ...ok kan...















ni pulak...video yang sempat ambik...
boleh lah dengaq suara ibu-ibu yg tak bagi anak-anak mandi...
sebabnya tak bawa apa-apa pun persalinan...tuala pun tak...hu3
tapi oleh kerana anak-anak lagi genius...
lu pikir la sendiri...
kihkihkih...:)



19 Jun 2012

dah mula dah!

Assalamualaikum w.t.h.

Alhamdulillah...
masa berlalu begitu pantas...
sabtu ini (23 Jun 2012) dahpun bermula interaksi pertama semester 3...

Dah ready ker...hihihi...
rasanya kali ni, perasaan berdebar-debar dan takut mengenangkan kami di ipg kampus pulau pinang masih belum menerima keputusan masing-masing...apatah lagi, kami dikejutkan dengan spekulasi yang menggerunkan...huwaaaa

Walau bagaimanapun, semangat untuk terus berjuang terus membara...:)
Antara subjek yang akan diambil untuk Program Pensiswazahan Guru Semester 3 adalah :


Harapan menggunung tinggi sama tinggi dengan Bukit Combee...:)

08 Jun 2012

Seindah Sakura

inilah tajuk yang menjadi ikutanku saban hari...
biarpun hanya beberapa kali melihat preview kisah ini namun hati rasa tertarik untuk terus menonton...

sayangnya tayangan drama ini bermula pada jam 7 petang...waktu yang kurang sesuai...namun hati ini ternanti-nanti akan sambungan kisah hidup Shakira...

rasanya lepas ni kena dapatkan novel ni jugaklah sebab tak puas tengok bila bersambung-sambung...

nilah cover novel ni....kat popular ada kut no...hi3


cer dengar lagu ni....best jugak...layannn...

07 Jun 2012

Bercuti ke Cameron Highlands

Assalamualaikum w.t.h.

Terasa masa terlalu cepat berlalu...pejam celik pejam celik...cuti sekolah dah pun berakhir...Cikgu memang banyak cuti tapi...emmm...

Walaupun tugas sebagai pendidik banyak kelebihan dari segi cuti, tetapi masih tak sempat ke mana-mana memandangkan suami yang tak banyak cuti...tambah pulak bila cutinya hari Jumaat sahaja...

Baru-baru ni,kami sempat bercuti ke Cameron Highlands. Anak-anaklah yang paling gembira apabila sekali-sekala pergi bercuti...

Aiman ok ja....anak paling senang nak atur...Izzah pulak...asyik bertanya kenapa tak sampai-sampai...adik dah pening nih...hi3...macam tu la sepanjang jalan...bila cakap jauh lagi, adik nak balik sebab tak suka jalan jauh-jauh...tetapi bila setiap kali singgah ke mana-mana tempat...izzah yang borong paling banyak...boleh kata setiap tempat nak singgah dan beli dua tiga benda untuk dirinya...:)

Tak banyak tempat yang kami pergi...cuma ke ladang teh, bee farm dan singgah ke semua tempat untuk beli sesuatu...paling seronok bila dapat kutip sendiri strawberi...sukanya tengok gelagat anak-anak...paling cool ialah my hubby...

sini ada beberapa gambar untuk tatapan rakan-rakan semua...:)