18 April 2010

Bijak Sifir

Assalamualaikum...

Di sini saya ingin berkongsi tentang cara pengiraan bagi membantu murid-murid menguasai kemahiran asas matematik, khususnya bagi operasi darab. Masalah penguasaan sifir darab yang lemah kerap kali menjadi beban terhadap murid dan huru dalam meningkatkan tahap penguasaan dan prestasi akademik murid bagi subjek matematik. Harapan saya semoga perkongsian maklumat ini sedikit sebanyak akan membantu para guru dan murid di luar sana.

KAEDAH 1 : GARIS SILANG

1. Bina garisan mengikut jumlah nombor pada nilai tempat.
2. Buat pembahagian tempat.
3. Kira bilangan titik silang mengikut pembahagian yang dibuat.
4. Menulis jawapan terus daripada nombor yang diperolehi.
(Gunakan operasi tambah jika terdapat nombor dua digit)

Contoh 1 :


Contoh 2 :



KAEDAH 2 : SIFIR 11

Contoh 1


Contoh 2


KAEDAH 3 : MENDARAB NOMBOR KURANG DARIPADA 100









KAEDAH 5 : LATTICE






Terdapat beberapa lagi kaedah belajar dan pengiraan sifir darab yang dapat kita pelajari. Antaranya pembinaan jadual sifir, membina sifir 7, 8 dan 9 dengan cara yang mudah dan lain-lain lagi. Insyaallah, kita akan berkongsi lagi ilmu ini di lain masa. Sekian, wassalam.

17 April 2010

NKRA Kementerian Pelajaran Malaysia



Di bawah NKRA (Bidang Keberhasilan Utama Nasional) KPM tersebut difokuskan kepada 4 sub-NKRA iaitu:

1. Prasekolah - dimana peningkatan 20% penyertaan kanak-kanak 5 tahun ke atas ke pendidikan prasekolah dengan menjadikan pendidikan prasekolah sebagai aliran perdana dalam sistem pendidikan kebangsaan pada tahun 2012.

2. Literasi dan Numerasi - di mana semua kanak-kanak yang tidak mempunyai masalah pembelajaran boleh menguasai kemahiran literasi dan numerasi sebelum melangkah ke tahun 4 pada tahun 2012.

3. Sekolah Berprestasi Tinggi - di mana usaha KPM membangunkan 100 buah ' high performance schools ' termasuk 'trust schools' pada akhir tahun 2012.

4. Pengetua/Guru Besar - di mana bai'ah atau akujanji kepada Pengetua/Guru Besar berdasarkan 'performance based assessment' mulai tahun 2010.


Key Performance Indicator (KPI) atau Bidang Pengukuran Prestasi bagi KPPM telah ditetapkan berdasarkan kepada beberapa kpi :

1. Nisbah Guru:Murid mengikut sasaran tahun semasa ( Sekolah Menengah 1:17, Sekolah Rendah 1:16)

2. Penurunan kes disiplin sekolah sebanyak 0.02% setahun bagi semua jenis sekolah rendah dan sekolah menengah seluruh negara.

3. Peratus peningkatan sebanyak 1.0 % setahun bagi kadar pencapaian murid dalam Kelas Intervensi Awal (KIA2M).

4. Pencapaian pelajar berdasarkan Gred Purata Nasional pada peringkat UPSR (GPN=3.00), PMR (GPN=3.50), dan SPM (GPN = 6.00).

5. Peningkatan 2 % Guru Ijazah Terlatih di sekolah rendah dan 1 % di sekolah menengah.

6. Penurunan peratus jurang pencapaian pelajar bandar dan luar bandar (UPSR - 0.3%, PMR - 0.3%, dan SPM - 0.2%)

11 April 2010

Kehidupanku

Assalamualaikum...

Sebagai insan biasa, laluan hidupku bukan mudah. Namun aku diberi kekuatan dengan kehadiran insan-insan yang kusayangi dalam hidup ini. Suami yang menjadi teman setia mengharungi suka duka kehidupan. Dia yang sanggup menerima baik buruk sikap dan peribadiku, malah sanggup menahan segala tingkahlaku diriku. Ruslan bin Omar menjadi sahabat setia yang menjadi sinar penyuluhku.

Anugerah yang tidak ternilai dari Ilahi adalah saat menyambut kelahiran ketiga-tiga anakku. Anak sulungku, Muhammad Aiman Hannan lahir pada tahun 2001 dan anak kedua, Nurul Izzah Insyirah lahir lima tahun kemudian. Sungguh indah saat yang kulalui bersama mereka. Sayangnya, kelahiran anak ketigaku bermasalah dan tidak sempat memandang dan menikmati keindahan bumi ciptaan Allah. Namun aku terima ketentuan itu dengan penuh redha. Sesungguhnya Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya.

Bukalah Hatimu dan Jernihkan Hatimu


Nabi bersabda: " Malaikat Jibril selalu memberitahuku 7 hal setiap kali menyampaikan firman Allah sehingga 7 hal tersebut kuanggap sangat penting atau hampir wajib."

1. Berbuat baik pada tetangga
2. Jangan sekali-kali menceraikan isteri (rawatlah wanita secara baik)
3. Jangan terlalu keras dengan kanak-kanak atau pekerja
4. Jangan lupa membersihkan mulut(solat 2 rakaat dengan membersihkan mulut lebih besar pahalanya daripada solat 70 rakaat tanpa membersihkan mulut terlebih dulu)
5. Jangan lupa solat berjamaah
6. Selalu solat malam
7. Selalu berzikir kepada Allah


Nabi bersabda: " Allah menyukai seseorang orang kerana 3 perkara."

1. Orang yang mempunyai kekuatan/kekuasaan untuk taat kepada Allah. Misalnya waktu kita masih sihat, memiliki waktu luang sebaiknya dimanfaatkan untuk beribadah.
2. Orang yang menangis dan menyesal setelah berbuat maksiat.
3. Orang yang sabar ketika miskin. Orang miskin itu memiliki 3 perhiasan : tidak minta-minta (bekerja sendiri), syukur saat mendapat nikmat, sabar saat tertimpa musibah.. Nabi mengatakan: Bingkisan yang paling berharga bagi orang mukmin adalah fakir.--orang fakir yang sabar akan masuk syurga dengan lebih mudah dan ketika di syurga akan bersanding dengan Nabi Muhammad saw.

Nabi bersabda: " Nanti di hari kiamat Allah tidak akan melihat (kasihan) terhadap 7 orang (golongan). Mereka akan dimasukkan ke neraka."

1. Orang yang suka sesama jenis---seperti kaum Nabi Luth
2. Orang yang menikah dengan tangannya sendiri---berbuat sendiri untuk mendapat kepuasan
3. Orang yang menggauli kuda
4. Orang yang menggauli isterinya lewat jalan belakang
5. Orang yang menggauli anaknya sendiri
6. Orang yang menggauli isteri orang lain
7. Orang yang menyakiti tetangganya.


Nabi bersabda: " Aku melaknati terhadap 6 golongan."

1. Orang yang menambah- nambah kitab Allah
2. Orang yang tidak percaya terhadap kepastian Allah
3. Raja / penguasa yang berbuat sewenag-wenang , yang salah dibuat benar, yang benar disalahkan atau yang mengangkat orang yanng dicela Allah
4. Orang yang menghalalkan barang di tanah Haram (Mekah)
5. Orang yang menghalalalkan yang diharamkan Allah
6. Orang yang berpaling dari jalannya Nabi Muhammad.

Kecantikan Wanita


Untuk membentuk bibir yang menawan, ucapkanlah kata-kata kebaikan. Untuk mendapatkan mata yang indah, carilah kebaikan pada setiap orang yang anda jumpai. untuk mendapatkan bentuk badan yang langsing, bagikanlah makanan dengan mereka yang kelaparan. Untuk mendapatkan rambut yang indah, mintalah seorang anak kecil untuk menyisirnya dengan jemarinya setiap hari. Untuk mendapatkan sikap tubuh yang indah, berjalanlah dengan segala ilmu pengetahuan, dan anda tidak akan pernah berjalan sendirian.

Manusia, jauh melebihi segala ciptaan lain. Perlu senantiasa berubah, diperbaharui, dibentuk kembali, dan diampuni. Jadi, jangan pernah kecilkan seseorang dari hati anda. Apabila anda sudah melakukan semuanya itu, ingatlah senantiasa. Jika suatu ketika anda memerlukan pertolongan, akan senantiasa ada tangan terulur. Dan dengan bertambahnya usia anda, anda akan semakin mensyukuri telah diberi dua tangan, satu untuk menolong diri anda sendiri dan satu lagi untuk menolong orang lain.
Kecantikan wanita bukan terletak pada pakaian yang dikenakan, bukan pada bentuk tubuh, atau cara dia menyisir rambutnya. Kecantikan wanita terdapat pada mata, cara dia memandang dunia. Karena di matanya terletak gerbang menuju ke setiap hati manusia, di mana cinta dapat berkembang.

Kecantikan wanita bukan pada kehalusan wajah. Tetapi pada kecantikan yang murni, terpancar pada jiwanya, yang dengan penuh kasih memberikan perhatian dan cinta dia berikan. Dan kecantikan itu akan tumbuh sepanjang waktu.

10 April 2010

Laksa Johor



BAHAN-BAHAN:
500gm spageti | direbus
½ biji lobak merah | disagat untuk hiasan
½ biji timun | dihiris nipis
3 batang kacang panjang | dipotong kecil
50gm taugeh
3 biji limau kasturi


BAHAN KUAH:
15 biji bawang merah
1 labu bawang putih
1kg ikan kembung | direbus dan dikisar
isinya, ambil air rebusannya
125gm rempah kari daging
1 biji kelapa | diambil santannya
1 tangkai daun kesum
2 kuntum bunga kantan
Garam secukup rasa

CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar hingga naik baunya.
2. Masukkan rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air dan biarkan hingga garing.
3. Kemudian masukkan isi ikan kisar bersama air rebusan. Kacau rata.
4. Setelah itu masukkan pula daun kesum, bunga kantan yang telah dihiris.
5. Akhir sekali, masukkan santan dan biarkan mendidih seketika.
6. Hidangkan bersama spageti dan juga bahan hiasan lain.

LINUS

LINUS: Literacy And Numeracy Screening

National Key Result Areas (NKRA’s) KPM telah menyasarkan bahawa semua murid yang tidak mempunyai masalah pembelajaran berkeupayaan menguasai asas literasi dan numerasi selepas tiga tahun mengikut pendidikan rendah menjelang 2012. Program ini mula dilaksanakan pada tahun 2010 melibatkan murid Tahun 1 di sekolah rendah.
Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) telah dipertanggunajawabkan untuk menerajui usaha mengatasi masalah literasi dan nemerasi di kalangan murid sekolah rendah.
Program LINUS – Numerasi: operasi asas matematik digubal khusus bagi menangani masalah yang dihadapi murid dalam menguasai kemahiran asa mengira serta memahami idea matimatik yang mudah dan mengaplikasikan pengetahuan serta kemahiran matematik dalam kehidupan harian.

Kandungan program telah dipilih dan disusun supaya dapat memberi pengalaman yang cukup kepada murid untuk membina asas yang kukuh dalam membuat pengiraan dan seterusnya membolehkan mereka mengikuti pembelajaran matematik dengan lebih bermakna dan berkesan.

Rasional Program LINUS:

Masalah murid yang tidak mempunayi masalah pembelajaran yang masih belum menguasai kemahiran asas 3M dengan baik belum dapat diatasi sepenuhnya walaupun KPM telah melaksanakan pelbagai program pemulihan. Antaranya:

1. Program KIA2M untuk murid Tahun 1 yang mula dilaksanakan pada tahun 2006.

2. Program pemulihan untuk murid Tahun 2 dan 3 yang dikendalikan oleh guru pemulihan khas di sekolah masing-masing.

3. Program Pemulihan Asas Kemahiran Membaca, Menulis dan Mengira (PROTIM) untuk murid Tahap 2.

4. PROTIM selepas UPSR.

KPM berpendapat suatu pendekatan yang bersepadu perlu dilaksanakan supaya masalah literasi dan numerasi dapat dikesan dan dipulihkan seawal Tahap 1. Perkara ini perlu diberi perhatian yang serius kerana murid yang tidak menguasai kemahiran asas 3M merupakan kumpulan yang berisiko keciciran dan berhadapan dengan kesukaran memenuhi keperluan melanjutkan pelajaran dan kerjaya.

Strategi Pelaksanaan LINUS di Sekolah:

Program LINUS ini wajib dilaksanakan di semua SK, SJKC, SJKT dan SABK. Terdapat 3 peringkat saringan bagi setiap tahun, iaitu: Saringan 1 (Mac), Saringan 2 (Jun), Saringan 3 (September).

Semua murid Tahun 1 akan menduduki LINUS Saringan 1 untuk menilai tahap penguasaan kemahiran asas mereka pada awal tahun setiap tahun. Program ini dikendalikan oleh guru Bahasa Malaysia, Matematik dan Pemulihan. Instrumen dibina dalam dwibahasa iaitu BM-BI, BC-BI dan BT-BI.

Saya sebagai guru Bahasa Malaysia dan Matematik bagi Tahun 1 adalah terlibat secara langsung dengan program ini. Seramai 82 orang murid Tahun 1 di SK. Sungai Rambai telah menduduki LINUS Saringan 1 pada bulan Mac yang lalu. Sebagai seorang pendidik pastinya saya mengharapkan satu anjakan reformasi pendidikan yang lebih cemerlang dan mencapai matlamat yang digariskan di bawah Bidang Keberhasilan Utama Kementerian, khususnya Kementerian Pelajaran. Walau bagaimanapun, usaha dan penggemblengan tenaga yang lebih erat adalah diharapkan antara pihak pentadbir, guru, murid dan ibu bapa. Diharapkan amanah dan tanggungjawab ini digalas bersama-sama.

NUTP

Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia

Segala persoalan yang berkenaan dengan kebajikan, kenaikan pangkat atau gaji guru boleh dirujuk atau memberi pandangan kepada pihak NUTP untuk dikaji semula. Disini, saya telah menyediakan alamat laman web NUTP utama dan alamat cawangan di setiap negeri. Ini akan menyenangkan cikgu untuk berhubung atau berurusan dengan mereka dengan lebih cepat supaya masalah cikgu boleh diberi perhatian dalam masa yang singkat. Semoga maklumat ini dapat memberi sedikit bantuan kepada guru-guru di Malaysia. Sekian terima kasih.

Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia
13 & 15, Jalan Murai Dua, Kompleks Batu, Off Jalan Ipoh, 51100 Kuala Lumpur
Tel: 03-62510621/ 62510623, Faks: 03-62511060/ 62582946
Laman Web: http://www.nutp.org

KPPK Cawangan Johor http://www.kppkjohor.net.my

KPPK Cawangan Kedah http://www.nutpkedah.net

KPPK Cawangan Kelantan http://www.nutp-kelantan.com

KPPK Cawangan Melaka Tel: 06-2861030

KPPK Cawangan Negeri Sembilan http://www.nutpns.org

KPPK Cawangan Pahang Tel: 09-5137959

KPPK Cawangan Perak Tel: 05-8072661

KPPK Cawangan Perlis Tel: 04-9781169

KPPK Cawangan Pulau Pinang http://www.nutppg.com

KPPK Cawangan Selangor Tel: 03-55116588

KPPK Cawangan Terengganu Tel: 09-6311481

KPPK Wilayah Persekutuan http://www.nutpwp.org

08 April 2010

Apa itu Fail Meja?


14 Perkara Utama Mengenai Fail Meja

Fail Meja merupakan satu-satu rujukan untuk individu di peringkat jawatan. Ia dirangka berasaskan tugas dan tanggungjawab seseorang guru. Ia juga mengandungi maklumat atau panduan untuk menjalankan tugas bagi satu-satu jawatan. Kandungannya merangkumi 14 perkara utama, iaitu:
1) Objektif Jabatan atau Pejabat, sama seperti dengan Manual Prosedur Kerja.
2) Objektif Bahagian atau Unit dalam Jabatan/Pejabat.
3) Carta Organisasi Jabatan/Pejabat, sama seperti dengan MPK.
4) Carta Organisasi Bahagian/Unit: Menjelaskan kedudukan setiap anggota dan tugas masing-masing.
5) Senarai tugas/kuasa dan hubungan pegawai dengan pegawai-pegawai yang lain.
6) Peraturan-peraturan pentadbiran untuk setiap aktiviti/tugas.
7) Proses kerja untuk aktiviti yang berkaitan dengan pegawai.
8.) Carta Aliran Kerja menjelaskan tindakan-tindakan secara sistematik.
9) Senarai semak berbentuk soalan, rangkai kata atau pernyataan peringatan untuk menyemak tindakan-tindakan yang diambil.
10) Borang yang berkaitan dengan tugas pegawai dan panduan menggunakannya.
11) Senarai undang-undang dan peraturan untuk dirujukan supaya tindakan yang diambil adalah betul dan tepat.
12) Senarai Jawatankuasa yang dianggotai oleh pegawai yang berkenaan.
13) Norma kerja yang menjelaskan tahap prestasi dengan harapan dicapai serta berfungsi sebagai asas menilai pencapaian produktiviti.
14) Senarai Tugas Harian dengan tujuan mengingat aktiviti-aktiviti yang perlu dirancang dan dilaksanakan mengikut jadual.

Semoga informasi ini membantu semua guru dalam menjalankan tugas-tugas sampingan anda dengan lebih baik. Selamat Menjalankan Tugas.

Guru Berkesan

Sebagai seorang pendidik, kita pasti ingin menjadi insan terbaik pada kaca mata masyarakat, khususnya anak-anak didik yang menjadi pendamping setia. Justeru, di sini di senaraikan ciri-ciri menjadi seorang guru yang berkesan.

1. Bersikap profesional.
2. Mempamerkan ciri-ciri kekuatan teori.
3. Kaya ilmu.
4. Bertindak di atas landasan etika dan tatasusila kerja.
5. Bermoral teguh.
6. Sentiasa berusaha meningkatkan kualiti hasil pengajaran.
7. Prihatin dengan kehendak murid dan ibu bapa.
8. Berkebolehan menilai kekuatan dan kelemahan murid-murid.
9. Melengkapkan diri dengan kemahiran yang sejajar dengan tuntutan semasa.
10. Menampilkan watak terpuji, berimej, berperibadi mulia, berwawasan sebagai pendidik unggul pada setiap masa.
11. Mempastikan situasi ‘Guru mengajar murid belajar’ wujud di dalam kelas.
12. Berupaya melahirkan ‘persekolahan berwatak’ supaya pelajar mempunyai kekuatan ilmu, berpersonaliti sihat dan serba boleh.
13. Berupaya membina minda pelajar yang cemerlang akademik.
14. Berupaya membentuk perwatakan murid dengan pelbagai keteguhan nilai diri (bermoral, berakhlak mulia, berketrampilan, pandai menyesuaikan diri dengan situasi tertentu).
15. Taat dan setia terhadap perkhidmatannya, mempertahankan martabat profesionnya.
16. Menunjukkan kesetiaan kepada kerajaan, bebas pendirian, tidak berbelah bahagi.
17. Profesional dan menumpukan perhatian kepada P&P di sekolah.

Saya berharap supaya kesemua 17 ciri-ciri pada seorang guru berkesan perlu dipupuk pada setiap guru di Malaysia. Saya juga berharap dapat menyemai dan mempraktikkan ciri-ciri tersebut dalam diri saya kerana sebagai manusia biasa kita harus terus belajar dan belajar untuk memperbaiki diri.

03 April 2010

Kursus LDP 2010

Pelaksanaan Kaedah Latihan Secara ‘PEMBACAAN BUKU‘ Sebagai Tambahan Bagi Melengkapkan Kursus LDP Secara SCHOOL BASED Di Sekolah.

Pengenalan

1.Kursus LDP 7 hari di sekolah akan digantikan dengan pembacaan 7 buku ilmiah oleh setiap orang guru mulai tahun 2010.
2.Setiap buku ilmiah yang telah dibaca oleh guru perlu dibentangkan untuk dikongsi bersama, iaitu pembentangan sebuah buku (Book Review) adalah bersamaan 1 hari kursus untuk guru tersebut.
3.In House Training yang telah dilaksanakan hendaklah diteruskan.
4.Kaedah ‘Book Review’ dilaksanakan sebagai tambahan kepada kaedah In House Training bagi mencukupi jumlah kursus selama tujuh hari.
Komponen Bacaan (Setiap buku mesti >50 halaman)

A) Pengetahuan Profesionalisme (60%)

•Ilmu pengetahuan pendidikan dan mata pelajaran
•Kandungan dan kaedah pedagogi
•Pengurusan kurikulum
•Kreativiti dan Inovasi pedagogi
B) Kemahiran Profesionalisme (20%)

•Kejurulatihan, Penulisan Ilmiah, Kepimpinan, Pengurusan Kewangan dan Strategik
C) Amalan dan Nilai Profesionalisme Keguruan (20%)

•Nilai dan Etika, Komunikasi Berkesan, Soft Skills
Pelaksanaan : Sebelum pembacaan, setiap buku yang dipilih mestilah mendapat pengesahan daripada pihak pentadbir sekolah. Jangka masa pembentangan untuk setiap pembentang adalah 20 hingga 30 minit.
Ulasan buku mestilah merangkumi 3 aspek iaitu:
i) Sinopsi buku
ii) Pengetahun/pengajaran yang boleh diperolehi
iii) Aplikasi ilmu dalam organisasi / P&P

1. Kehadiran guru-guru untuk mendengar pembentangan tersebut selama 6 jam dinilai sebagai 1 hari berkursus.
2. Kehadiran guru-guru untuk mendengar pembentangan dibenarkan sehingga 18 jam atau 3 hari sahaja.
3. Selepas membaca guru dikehendaki melengkapkan Borang Sinopsis (Lampiran C)
4. Pembentang menyerahkan Borang Sinopisis (Lampiran C) kepada SU LDP untuk pengesahan pentadbir.
5. Pendengar menilai pembentangan yang telah dibuat (Lampiran E).
6. Pentadbir memantau pembentangan (Lampiran F).
7. Pemberian markah Prestasi Tahunan guru dengan mengambil kira jumlah pembacaan buku dan kehadiran semasa pembentahan rakan sekerja.

Pembelajaran BM & BI di SR 2011


Masa Pembelajaran Subjek Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris di Sekolah Rendah Ditambah Mulai 2011

Kabinet telah membuat keputusan untuk menambah masa pembelajaran subjek Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris di sekolah rendah berkuat kuasa pada sesi persekolahan 2011. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, penambahan itu adalah selaras dengan dasar ‘Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuhkan Bahasa Inggeris‘ (MBMMBI) berikutan pemansuhan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

Beliau memberitahu, bagi sekolah kebangsaan (SK), penambahan masa hanya untuk mata pelajaran Bahasa Inggeris iaitu dari 240 kepada 330 minit seminggu bagi tahap satu manakala tahap dua dari 210 kepada 300 minit seminggu. Dan bagi sekolah jenis kebangsaan (SJK), penambahan masa melibatkan kedua-dua mata pelajaran itu.

Di SJK, bagi Bahasa Inggeris penambahan masa untuk tahap satu adalah dari 60 kepada 120 minit seminggu manakala tahap dua dari 90 kepada 120 minit seminggu. Bagi Bahasa Malaysia pula, untuk tahap satu ditambah dari 270 kepada 330 minit seminggu manakala tahap dua dari 180 kepada 270 minit seminggu.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran memberi jaminan bahawa penambahan masa itu tidak akan menyebabkan sesi persekolahan dipanjangkan. Katanya, pihak kementerian juga akan mengolah kurikulum supaya ia menjadi lebih kreatif bagi memastikan proses pembelajaran yang menyeronokkan.

02 April 2010

Set Permainan Matematik


Nama Permainan : Mari Bermain Boling

Objektif : Mereka dapat membina ayat matematik bagi operasi tambah dan tolak. (boleh digunakan untuk kemahiran mengenal nombor dan menulis angka dalam perkataan)
Bahan : Botol Mineral, bola, pen marker, papan tulis kertas jawapan dan
kad nombor.
Cara Permainan:

1. Bahagikan murid kepada beberapa kumpulan.

2. Permainan ini akan dimainkan serentak dan masa yang ditetapkan adalah lebih kurang 5 - 8 minit.

3. Setiap kumpulan bermain dengan menjatuhkan botol-botol mineral tersebut mengikut giliran seorang demi seorang.
• Daripada satu balingan, murid akan hanya memilh dua nombor sahaja. Contohnya, botol yang dapat dijatuhkan bernombor 4,7, dan 8. Murid memilih nombor 4 dan 8. Berdasarkan nombor yang dipilih, murid akan membina ayat matematik. Contohnya bagi operasi tambah, 8 + 4 = 12 ataupun 8 – 4 = 4 bagi operasi tolak.

4. Murid tersebut akan menulis jawapan mereka pada kertas jawapan yang disediakan.

5. Masa tamat. Guru akan menyemak kertas jawapan bagi setiap kumpulan. Markah akan diberikan pada jawapan yang betul.
• Jika terdapat ayat matematik yang sama dalam satu kumpulan, jawapan hanya diterima sekali sahaja.

6. Kumpulan yang mendapat mata paling banyak akan dikira pemenang.

Tricks in Mathematics


Di sini terdapat tipu muslihat Matematik yang akan menolong kanak-kanak tersebut kelihatan seperti pakar Matematik.

Anda, pakar Matematik pada masa hadapan, mula dengan memberi kawan anda kalkulator. Kemudian, anda beri arahan-arahan berikut kepada kawan anda. Pastikan kawan anda tekan butang bersamaan (=) selepas setiap langkah.
• Masukkan nombor 7
• Darab dengan bulan kelahiran anda
• Tolak nombor 1
• Darab dengan nombor 13
• Tambah dengan hari kelahiran anda
• Tambah nombor 3
• Darab dengan nombor 11
• Tolak dengan bulan kelahiran anda
• Tolak dengan hari kelahiran anda
• Bahagi dengan nombor 10
• Tambah nombor 11
• Bahagi dengan nombor 100

Dan, penuh ketakjuban, hari jadi kawan anda akan kelihatan pada skrin kalkulator. Contohnya, jika kawan anda dilahirkan pada bulan Februari 29. Di bawah, saya akan mengulangi arahan-arahan,langkah demi langkah. Keputusan untuk setiap langkah dalam akan muncul dalam warna merah.
• Masuk nombor 7 (7)
• Darab dengan bulan kelahiran (7x2=14)
• Tolak dengan nombor 1 (14-1=13)
• Darab dengan nombor 13(13x13=169)
• Tambah dengan hari kelahiran anda (169+29=198)
• Tambah nombor 3 (198+3=201)
• Darab dengan nombor 11 (201x11=2211)
• Tolak dengan bulan kelahiran (2211-2=2209)
• Tolak dengan hari kelahiran kawan anda (2209-29=2180)
• Bahagi dengan nombor 10 (2180/10=218)
• Tambah dengan nombor 11 (218+11=229)
• Bahagi dengan nombor 100 (229/100 = 2.29)

Formula ini akan berhasil setiap kali. Cubalah!
Sudah tentu, permainan tipu muslihat Matematik tersebut akan menarik hati murid kita dan mewujudkan suasana magic yang penuh kepintaran pada diri mereka.

Susah belajar kerana penyakit




ANAK anda dilabel lembap dan lemah dalam pelajaran. Mereka diletakkan di kelas terakhir atau dalam kelas pemulihan. Guru-guru cuba mengajar mereka sebaik mungkin, namun akhirnya guru-guru pula kecewa. Hari ini diajar, esok sudah lupa. Ibu bapa dipanggil dan berbincang.

Persepsi guru, kanak-kanak ini tidak belajar di rumah dan kurang pemantauan daripada ibu bapa. Manakala persepsi ibu bapa pula guru-guru tidak memberi perhatian kepada anak mereka. Adakalanya berlaku perselisihan faham antara guru-guru dan ibu bapa yang menyebabkan ibu bapa berkecil hati dan minta bertukar sekolah. Guru-guru pula menilai kembali teknik pengajaran mereka mencari di mana silap mereka, teknik diperbaharui tetapi kanak-kanak ini tidak juga menampakkan perubahan. Masih tidak dapat membaca dan menulis seperti yang sepatutnya bersesuaian dengan usia mereka. Akhirnya guru-guru meminta pelajar ini di bawa ke hospital untuk pemeriksaan lanjut. Persoalannya, ke mana harus dibawa pelajar ini sedangkan mereka tidak mengadu sebarang sakit fizikal. Mungkin masalah mata dan telinga, maka mereka pun diperiksa oleh doktor yang mengesahkan pelajar ini adalah sihat dan tidak ada sebarang masalah.
Bila mereka dirujuk ke Klinik Psikiatri timbul tanda tanya mengapa harus pergi ke Klinik Psikiatri sedangkan anak mereka tidak mempunyai masalah mental. Namun, setelah mereka menjalani ujian saringan, bertemu dengan doktor dan penerangan diberikan barulah mereka faham bahawa selama ini bukanlah salah guru-guru anak mereka tidak boleh membaca dan juga bukanlah salah ibu bapa yang telah bertungkus lumus memantau kerja-kerja sekolah mereka, rupa-rupanya mereka mempunyai masalah pembelajaran.

Masalah pembelajaran merujuk kepada kesukaran seseorang kanak-kanak itu dalam aktiviti pembelajaran yang melibatkan kebolehan bertutur, mendengar, membaca, menulis, mengeja, memberi penjelasan atau penerangan, mengatur maklumat dan mengira. Masalah ini sebenarnya berpunca daripada masalah neurologi atau saraf yang melibatkan pemprosesan maklumat di otak.

Pelajar yang mengalami masalah pembelajaran tidak sama dengan mereka yang terencat akal secara amnya. Tetapi mereka yang terencat akal pastinya akan mengalami masalah pembelajaran. Ini hanya boleh dibezakan dengan penilaian kognitif iaitu IQ atau ‘intelligent quotient’. Masalah pembelajaran adalah masalah yang berpanjangan sepanjang hidup seseorang. Walaubagaimanapun dengan adanya intervensi awal, nasib kanak-kanak ini boleh diubah.

Pemprosesan maklumat
Terdapat beberapa jenis masalah pembelajaran dan boleh dikategorikan kepada jenis pemprosesan maklumat yang bermasalah atau disebabkan oleh kesukaran pemprosesan maklumat itu sendiri.

Masalah pemprosesan maklumat dikategorikan kepada empat peringkat iaitu penerimaan maklumat, integrasi maklumat, penyimpanan maklumat dan pengeluaran maklumat.

1) Penerimaan maklumat
Maklumat diterima oleh semua deria seperti penglihatan, pendengaran, sentuh, rasa dan bau. Sekiranya seseorang itu mempunyai masalah persepsi penglihatan, ini akan menyebabkan kesukaran mengenal bentuk, kedudukan dan saiz sesuatu objek, dan juga masalah dengan susunan atau aturan.
Masalah pendengaran pula akan menyebabkan kesukaran menyaring bunyi luar dalam usaha untuk memberi tumpuan kepada sesuatu seperti suara guru ketika guru mengajar. Selain itu ada juga pelajar yang tidak dapat memproses deria sentuhan seperti sakit dan sentuhan.

2) Integrasi maklumat
Peringkat ini adalah peringkat menafsir segala maklumat yang diterima. Maklumat ini akan di letakkan dalam susunan dan mempunyai kaitan dengan pembelajaran atau pengalaman yang lalu. Pelajar yang menghadapi masalah ini tidak dapat menceritakan sesuatu mengikut turutan yang betul. Contohnya, turutan hari dalam seminggu. Mereka boleh memahami konsep baru tetapi gagal menggunakannya dalam gambaran yang lebih luas. Perbendaharaan kata yang lemah pula dikaitkan dengan masalah pemahaman.

3) Penyimpanan maklumat
Masalah dengan ingatan boleh berlaku pada aktiviti penyimpanan maklumat iaitu maklumat yang disimpan sama ada untuk jangka pendek atau jangka panjang. Kebanyakan masalah timbul disebabkan oleh masalah kesukaran mengingat perkara yang baru berlaku (jangka pendek) menyebabkan sukar untuk mempelajari perkara baru. Untuk mengingati perkara baru ini memerlukan ia diulang beberapa kali.

4) Pengeluaran maklumat
Maklumat dikeluarkan daripada otak menggunakan perkataan iaitu pertuturan atau melalui aktiviti otot seperti menulis, melukis atau menggayakan sesuatu. Kesukaran pengeluaran maklumat ini akan menyebabkan masalah dengan pertuturan contohnya seperti kesukaran menjawab soalan yang diajukan. Pada masa itu, seseorang itu perlu mencari semula maklumat dalam simpanan otak, mengatur dan mengeluarkannya melalui perkataan semasa kita bercakap. Ia juga boleh menyebabkan kesukaran dalam penulisan iaitu dalam konteks menyampaikan sesuatu idea seperti menulis karangan.
Kesukaran dalam pergerakan motor kasar pula akan menyebabkan seseorang kelihatan pelik seperti kelam kabut, mudah terjatuh, atau seringkali melanggar sesuatu ketika bergerak. Mereka juga mempunyai masalah berlari, memanjat dan kesukaran mengayuh basikal. Bagi mereka yang mempunyai masalah pergerakan motor halus pula akan mempunyai masalah memasang butang baju, mengikat tali kasut dan penulisan.
Jika seseorang itu mengalami kesukaran dalam pemprosesan maklumat , ia boleh menyebabkan beberapa masalah spesifik dalam pembelajaran. Boleh juga terjadi lebih daripada dua masalah pada seseorang individu.

1) Masalah kesukaran membaca
Kebanyakan masalah pembelajaran sangat berkait rapat dengan masalah pembacaan. Kesukaran membaca amat sinonim dengan disleksia. Kesukaran membaca ini boleh disebabkan oleh pelbagai masalah dalam mana-mana bahagian proses membaca termasuk kesukaran atau kefasihan mengenal huruf, masalah menghubungkan simbol dengan bunyi, kelancaran membaca dan pemahaman semasa membaca. Sebelum istilah disleksia digunakan, masalah kesukaran pembelajaran ini lebih dikenali sebagai buta huruf.

2) Masalah kesukaran menulis
Masalah dalam bahasa pertuturan juga dipanggil disfasia atau afasia. Kanak-kanak akan mengalami kesukaran dalam bertutur, mengutarakan pendapat atau memberi jawapan. Kesukaran dalam penulisan oleh merangkumi kesukaran dalam menulis, mengatur sesuatu idea dan mengarang. Istilah disgrafia selalunya digunakan untuk merangkumi semua masalah penulisan.

3) Kesukaran dalam pengiraan
Biasanya dipanggil diskalkulia, kesukaran pengiraan boleh menyebabkan kesukaran memahami konsep pengiraan seperti kuantiti, nilai dan masa, kesukaran mengingati fakta pengiraan, kesukaran mengatur nombor dan pemahaman tentang sesuatu permasalahan untuk dipindahkan ke dalam bentuk nombor di atas kertas untuk proses pengiraan.

4) Masalah pembelajaran bukan lisan
Masalah pembelajaran bukan lisan biasanya dicirikan oleh kejanggalan pergerakan, kelemahan kemahiran visuospatial iaitu masalah berkaitan ruang, masalah dalam hubungan sosial, kesukaran dalam membuat pengiraan dan kesukaran mengurus sesuatu. Mereka selalunya mempunyai kekuatan dalam bidang lisan, termasuk kebolehan bertutur yang awal, mempunyai banyak perbendaharaan kata, cepat membaca dan mengeja, dan cemerlang dalam tugasan yang selalu dilakukan.
Dispraksia pula kadang-kadang dipanggil masalah mengatur pergerakan, dispraksia merujuk kepada pelbagai kesukaran dengan kemahiran motor atau pergerakan. Justeru itu dispraksia boleh menyebabkan masalah dalam pergerakan mudah seperti kesukaran menyikat rambut atau melambai tangan, kesukaran pergerakan yang kompleks seperti menggosok gigi, memakai baju ataupun masalah yang berkaitan dengan ruang seperti meletakkan sesuatu objek secara tepat pada kedudukan yang dikehendaki.

5) Masalah kesukaran pertuturan dan mendengar
Kesukaran yang selalunya berlaku serentak dengan kesukaran pembelajaran ini termasuklah kesukaran dengan ingatan, kemahiran sosial dan fungsi melaksanakan sesuatu seperti menguruskan sesuatu atau pengurusan masa.

6) Masalah pemprosesan pendengaran
Kesukaran dalam pemprosesan maklumat termasuklah kesukaran dalam kebolehan memahami lebih dari satu tugasan pada satu-satu masa. Walaubagaimanapun, biasanya mereka mempunyai kelebihan iaitu mudah mempelajari sesuatu dengan menggunakan deria penglihatan.

Setelah mengenali punca-punca masalah pembelajaran, saya berharap kita dapat menilai kembali anak-anak kita. Mungkinkah mereka ini tergolong dalam kategori yang disenaraikan tadi. Sekiranya terdapat sebarang syak atau keraguan, bawalah anak anda berjumpa pakar psikiatri untuk penilaian lanjut. Pengesanan awal dapat membantu kanak-kanak ini menjalani program pembelajaran yang sewajarnya dan dapat mengelakkan komplikasi pada masa akan datang seperti tekanan emosi, kemurungan, rasa rendah diri, ponteng sekolah dan masalah disiplin.

Skim Pinjaman Buku Teks


Inilah tugas yang dipertanggungjawabkan kepada saya sejak tahun lepas. Mulanya memang saya menolak tugas ini, memandangkan saya merupakan guru kelas Tahun 1. Tapi itulah, kata-kata keramat 'Saya Yang Menurut Perintah' membuatkan saya menggalaskan amanah ini.
Bilik Operasi SPBT Sekolah (BOSS) di SK. Sungai Rambai mempunyai keluasan yang terhad. Antara perkara utama yang saya lakukan semasa menyandang jawatan itu pada tahun 2009 adalah memastikan aplikasi Sisteks v.2 dilaksanakan. Saya masih belajar dalam memahami dan memahirkan diri sebagai Guru Kanan SPBT. Harapan besar saya adalah diharapkan pelanggan utama Unit SPBT SKSR berpuas hati dengan servis yang diberikan.

Senamrobik



Aktiviti di SK. Sungai Rambai

Sekali sekala buat aktiviti senamrobik memang seronok. Berpeluh jugak la...terutamanya bagi saya yang jarang bersenam.
Yang best nyer, bila semua cikgu-cikgu sporting...enjoy habis...
semua rasa muda...teringat zaman dulu-dulu. Dulu nak aktif macamana pun tak kisah kan...ok jer..

Karnival Bahasa 2010






Pada tahun ini, Karnival Bahasa 2010 diadakan pada 29 Mac bertempat di SK. Machang Bubuk. SK. Sungai Rambai telah menghantar beberapa orang peserta dalam Karnival Bahasa 2010 Peringkat Kelompok R17. Objektif menyertai Karnival Bahasa 2010 ini adalah bagi memberi pendedahan dan memupuk minat murid dalam mengambil bahagian secara aktif. Sk.Sungai Rambai memenangi tempat kedua dalam kategori Bercerita Tahap 2.

Masalah dalam pembelajaran Matematik

Sepanjang saya bertugas sebagai seorang guru matematik, pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran yang dirancang bagi membantu murid menguasai kemahiran-kemahiran matematik. Guru matematik merupakan golongan yang dipertanggungjawabkan untuk mengajar matematik yang mana guru juga berdepan dengan pelbagai masalah pengajaran matematik yang berbeza mengikut tahap murid. Murid sekolah rendah Tahun 1 dan 2 yang baru mengenal alam persekolahan pun mempunyai masalah yang tersendiri. Pada tahun 2010 ini, saya sudah mengajar selama 10 tahun di peringkat Tahun 1 dan 2. Pengalaman sepanjang 10 tahun bersama murid Tahun 1 dan 2 membuka minda saya tentang psikologi kanak-kanak.

Namun, daripada pandangan orang luar, mengajar murid sekolah rendah, iaitu Tahun 1 dan Tahun 2 nampak mudah. Hakikatnya, ia tidaklah semudah yang disangka. Pada peringkat usia 7 dan 8 tahun, murid-murid ini masih belum mampu untuk berdikari untuk belajar. Semuanya perlu diarahkan. Mungkin kerana didikan tidak formal di rumah oleh ibu bapa, menjadikan mereka amat memerlukan perhatian secara individu sebagaimana di rumah. Jika dilayan secara individu, mereka sebenarnya lebih pantas dalam pembelajaran.

Pada peringkat ini juga, murid-murid sukar memberikan fokus dalam perkara yang diajar secara formal di dalam bilik darjah. Malah daripada pemerhatian saya, fokus murid-murid perempuan lebih lama berbanding murid lelaki . Lazimnya, murid- murid perempuan nampak lebih senang duduk diam dalam menyiapkan kerja. Berbeza pula dengan murid lelaki yang lebih berminat untuk bermain dan bersuka ria.
Sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran matematik, kawalan dan pengurusan tingkah laku murid amat penting bagi memastikan pembelajaran murid berkesan. Masalah sikap inilah yang memungkinkan murid gagal menguasai konsep asas dalam matematik. Mereka juga akan gagal menguasai kemahiran-kemahiran matematik yang asas, seperti nombor bulat, tambah dan tolak. Oleh kerana masalah ini tidak ditangani dan kelemahan tidak diperbaiki dari peringkat awal, maka ia berterusan sehinggalah murid itu masuk ke Tahun 2. Kita tidak mahu murid menganggap matematik sebagai satu mata pelajaran yang sukar.

Persepsi murid yang menganggap matematik sebagai satu subjek yang sukar dan membosankan menyebabkan kita sebagai guru matematik akan berdepan dengan masalah hilangnya minat untuk mempelajari matematik dalam kalangan murid-murid sekolah. Masalah tidak minat atau kurang minat ini seterusnya akan membawa kepada masalah yang lebih besar, iaitu murid-murid gagal untuk menguasai kemahiran-kemahiran asas dalam matematik.

Apakah anda juga menghadapi masalah seperti saya atau mungkinkah masalah anda lebih berat? Luahkan pandangan , pendapat dan komen anda.

Salam Perkenalan


Saya adalah seorang guru di utara tanah air dan mendapat latihan perguruan di Maktab Perguruan Persekutuan Pulau Pinang. Saya mula melangkah ke dunia pendidikan yang sebenar mulai tahun 2000. Dari situ, banyak pengalaman sebenar yang dilalui. Niat di hati, saya ingin berkongsi suka duka kehidupan, luahan rasa dan apa sahaja yang dapat membantu kita semua dalam menjadi insan yang lebih baik pada masa depan. Kepada semua blogger, harapan saya agar kita dapat memanfaatkan teknologi maklumat hari ini untuk kebaikan kita bersama. Saya juga mengalu-alukan sebarang pandangan dan pendapat.