29 Julai 2010

Ganjaran Pahala Solat Tarawih

Rasullullah SAW ditanya oleh sahabatnya, tentang keistimewaan solat tarawih pada bulan Ramadan. Maka Rasullullah SAW bersabda; Siapa yang melaksanakan solat tarawih pada :

Malam ke-1: Terlepaslah ia dari dosa-dosanya seperti ketika ia baru dilahirkan oleh ibunya.

Malam ke-2: Allah swt memberi pengampunan kepadanya dan kepada kedua orang tuanya jika keduanya mukmin (orang yang beriman)

Malam ke-3: Malaikat berseru dari bawah Arsy ; mulailah beramal semoga allah swt mengampuni dosa-dosamu yang telah lalu.

Malam ke-4: Mendapatkan pahala sama dengan pahala membaca Taurat, Injil, Zabur, dan Al-Furqon (al-Quran)

Malam ke-5: Allah memberi pahala kepadanya seperti pahala orang yang shalat di Masjid Al-haram (masjidil haram) di Makkah,masjid Nabawi di Madinah dan masjid Al Aqsa di Palestin.

Malam ke-6: Allah akan memberi pahala seperti pahala orang yang tawaf di-Baitul Ma'mur, dan batu-batu serta tanah liat memohonkan ampun untuknya. (subhanallah sungguh luar biasa, batu dan tanah yang kita injak selama ini,ternyata bisa memintakan ampunan kepada Allah untuk kita).

Malam ke-7: Seakan-akan dia berjumpa nabi Musa a.s kemudian menolongnya dari Kerajaan Firaun dan Hamman.

Malam ke-8: Allah memberikan kepadanya, apa yang pernah Allah berikan kepada Nabi Ibrahim a.s

Malam ke-9: Dia menjadi seperti seorang hamba Allah yang beribadah kepadanya seperti ibadahnya seorang nabi.

Malam ke-10: Allah memberikan anugerah kepadanya,berupa kebaikan dunia dan kebaikan akhirat.

Malam ke-11: Maka ia akan meninggal dunia dalam keadaan seperti bayi yang baru lahir (meninggal dengan tanpa membawa dosa /husnul khotimah)

Malam ke-12: Pada Hari Kiamat, Anda akan bangkit dengan muka cemerlang seperti bulan.

Malam ke-13: Pada Hari kiamat, Anda akan bebas dari ketakutan yang membuat manusia sedih.

Malam ke-14: Para malaikat memberi kesaksian solat tarawih anda, dan Allah tidak menghisab anda lagi.

Malam ke-15: Anda akan menerima selawat dari para malaikat, termasuk malaikat penjaga Arsy dan Kursi.

Malam ke-16: Anda akan mendapat tulisan “Selamat” dari Allah, anda bebas ke syurga, dan lepas dari neraka.

Malam ke-17: Allah akan memberi pahala kepada anda sesuai pahala para nabi.

Malam ke-18: Malaikat akan memohon kepada Allah agar anda selalu mendapat restu.

Malam ke-19: Allah akan mengangkat darjat anda ke Firdaus (syurga yang tinggi)

Malam ke-20: Diberikan pahala kepada anda sesuai pahala para syuhada dan solihin.

Malam ke-21: Allah akan membuatkan sebuah bangunan dari cahaya untuk anda di syurga.

Malam ke-22: Anda akan merasa aman dan bahagia pada hari kiamat, kerana Anda terhindar dari rasa takut yang amat sangat.

Malam ke-23: Allah akan membuat sebuah kota untuk Anda di dalam syurga.

Malam ke-24: Allah akan mengabulkan 24 permohonan Anda selagi Anda masih hidup di dunia.

Malam ke-25: Anda akan bebas dari siksa kubur.

Malam ke-26: Allah akan darjat amal kebaikan Anda sebagaimana darjat amal kebaikan Anda selama 40 tahun.

Malam ke-27: Anda akan secepat kilat bila melewati Siratalmustakim nanti.

Malam ke-28: Anda akan dinaikkan 1.000 kali oleh Allah di dalam syurga kelak.

Malam ke-29: Allah akan memberi pahala kepada Anda seperti Anda menjalani ibadah haji 1.000 kali yang diterima Allah.

Malam ke-30: Allah menyuruh kepada Anda untuk memakan semua buah di syurga, minum air kausar, mandi air salsabila (air surga), kerana Allah Tuhan Anda, dan Anda hamba Allah yang setia.

Kelebihan Ramadhan al-Mubarak

Assalamualaikum wth...

Bertemu lagi kita setelah lama menyepi lantaran kesibukan masing-masing. Kini, kita menantikan kehadiran bulan Ramadhan yang mulia. Sesungguhnya diri ini sering tertanya-tanya akan kemungkinan Ramadhan al-Mubarak yang akan menjelma ini mungkinkah ramadhan terakhir buatku. Di sini, marilah kita berkongsi sedikit panduan dan peringatan untuk memperingati diri saya sendiri dan kita semua. Insyaallah.

Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.

1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-

2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-

3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-

4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi-

5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi-

PENERANGAN HADIS

1. Semua hadis menceritakan betapa besarnya kelebihan bulan Ramadhan untuk kita sama-sama menghidupkannya dengan segala amalan sunnah.

2. Pintu syurga dibuka sepanjang Ramadhan, manakala pintu neraka pula ditutup. Ini menggambarkan bagaimana Allah begitu mengasihani hambaNya yang taat beribadat dan menurut segala perintahNya.

3. Syaitan diikat sepanjang bulan Ramadhan agar kita dapat menunaikan segala ibadat dengan penuh keikhlasan. Tetapi kita perlu ingat bahawa kawan syaitan yang berada pada diri kita iaitu nafsu akan menggantikan tugas syaitan jika kita lalai.

4. Pentingnya keikhlasan dan keimanan kita dalam menunaikan ibadat.

5. Puasa mampu menjadi perisai diri daripada terjebak ke lembah maksiat, begitu juga ia mampu menghapuskan segala dosa-dosa yang lepas jika kita benar-benar bertaubat.

6. Kita mesti menghidupkan sunnah yang mana yang paling besar ialah berada dalam jemaah Islam terutama di dalam mengembalikan semula khilafah Islamiah yang telah lama dihancurkan iaitu pada 1924.

7. Jauhkan daripada syirik pada Allah sama ada berbentuk perbuatan, niat ataupun percakapan. Kita mesti mematuhi segala perjanjian yang dibuat selagi tidak melanggar hukum syarak.

8. Kita mesti berpuasa pada semua anggota bukannya pada makan dan minum sahaja.

9. Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada bauan kasturi.

10. Orang berpuasa akan mengecapi dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan apabila bertemu Allah kelak.

11. Di dalam menunaikan ibadat puasa kita mesti banyak bersabar dan jangan suka berbual kosong apatah meninggikan suara apabila bercakap.

03 Julai 2010

Sistem penilaian pendidikan negara masih kabur

Cadangan pihak kementerian mahu memansuhkan peperiksaan PMR dan UPSR membangkitkan rasa bimbang mengenai sistem penilaian murid oleh masyarakat. Sama ada masyarakat masih belum memahami sistem penilaian berasaskan sekolah atau berada dalam keadaan selesa mungkin menyukarkan sedikit pelaksanaan cadangan pemansuhan ini. Pihak kerajaan juga tidak terburu-buru dalam melaksanakan proses ini sambil menanti reaksi pelbagai pihak bagi mendapat respons mereka.

Ibu bapa adalah golongan utama yang bimbang akan hal sebegini. Mungkin pada pandangan mereka keadaan pelajar akan tidak fokus kerana tiada peperiksaan yang bakal dihadapi selain SPM yang dihadapi. Sekiranya UPSR dan PMR dimansuhkan, maka para pelajar hanya akan mengambil peperiksaan sehingga tahun kesebelas persekolahan, iaitu di tingkatan lima. Kebimbangan ini ada asasnya bagi ibu bapa yang pentingkan pencapaian akademik kerana dengan adanya peperiksaan maka teruji tahap kebolehan anak-anak mereka. Selain itu menjadikan anak mereka lebih kompetatif dalam dunia pendidikan.

Sampai ketikanya, pihak kementerian perlu menjelaskan secara terperinci mengenai sistem penilaian berasaskan sekolah yang ingin dilaksanakan supaya semua pihak dapat menerima serta memahami keadaan sebenar. Masyarakat juga perlu dididik demi melihat perubahan dalam merencanakan agenda pendidikan Negara.

Sendainya UPSR dan PMR dimansuhkan, dapatkah ia menjadi berita gembira buat para pendidik? Sekiranya diambil kira sistem penilaian sekolah yang mungkin akan dilaksanakan, mungkinkah ia tidak menambah beban kerja para guru. Ini kerana, sistem yang bakal dilaksanakan dapat menghimpunkan pelbagai tugas khususnya akademik, sahsiah dan sukan bagi menilai tahap kebolehan pelajar.

Walau pun jika dimansuhkan ia dapat memberikan ruang buat para guru tidak terbeban dengan pencapaian pelajar. Namun, aspek lain perlu diperhatikan kerana sistem penilaian berasaskan sekolah lebih menyeluruh bagi menilai setiap pelajar. Diharapkan ia mempunyai instrumen yang kukuh supaya integriti pengukuran pencapaian pelajar dapat kepercayaan masyarakat. Sekiranya tidak, kepercayaan masyarakat akan hilang kepada segala usaha yang dibuat oleh guru.

Penilaian secara menyeluruh ini berpotensi membebankan guru kerana selain akademik, guru juga perlu teliti dalam memantau setiap perkembangan pelajar dari segi sahsiah serta kegiatan sukan mereka. Bimbang nanti, banyak lagi borang dan hal pengurusan yang lain perlu dikerjakan oleh guru sehingga mengalih tumpuan pengajaran dan pembelajaran.

PENETAPAN 7 JULAI SEBAGAI HARI CUTI UMUM NEGERI PULAU PINANG

Sempena pengisytiharan Bandaraya Georgetown sebagai Tapak Warisan Dunia oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO), Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah menetapkan tarikh 7 Julai setiap tahun mulai tahun 2010 sebagai cuti umum bagi seluruh Negeri Pulau Pinang.

Sehubungan itu, Kementerian Pelajaran Malaysia menetapkan bahawa cuti umum ini juga terpakai kepada semua sekolah di Negeri Pulau Pinang.