18 Disember 2011

Dunia ibarat putaran roda



Hari ini, aku tertarik untuk sama-sama berkongsi kisah. Kisah ini adalah dari salah satu koleksi buku-buku yang ada dalam simpanan yang mana ia amat berkait rapat dengan kehidupan kita.

Kisahnya adalah cerita si pengemis dan isteri cantik
.


Pada suatu hari, sepasang suami isteri yang sedang menikmati makanan didatangi seorang pengemis berpakaian lusuh meminta belas kasihan mereka.

"Tolonglah encik, saya lapar, sejak semalam tidak menjamah sesuap nasi". Dengan muka bengis, si suami sambil menjeling isteri yang cantik terus menghalau dan meningking si pengemis itu.

Dalam hatinya berkata,"Aku membina perniagaan hingga berjaya bukan untuk orang lain, tetapi untuk diri dan keluargaku". Si isteri tidak dapat berbuat apa-apa dengan sikap suaminya meskipun terdetik hatinya untuk bersedekah.

Beberapa tahun kemudian, perniagaan si suami jatuh muflis dan dia menjadi miskin. Dia menceraikan isterinya kerana tidak mahu isterinya turut menderita sepertinya. Setahun kemudian, si isteri yang masih cantik itu berkahwin pula dengan lelaki lain.

Pada suati hari, sedang si isteri dan suami barunya mengadap makanan, tiba-tiba seorang pengemis mengetuk pintu sambil meminta belas kasihan. Mendengar rayuan pengemis itu, si suami menyuruh isterinya menghidangkan sepinggan nasi berlaukkan seperti apa yang mereka makan.

Setelah memberi sepinggan nasi kepada pengemis, si isteri menangkup muka sambil menangis. Si isteri mengadu si pengemis itu adalah sebenarnya bekas suami yang dulu pernah menengking seorang pengemis.

Suami yang baru itu menjawab dengan tenang. "Demi Allah, sebenarnya akulah pemngemis yang dihalau dan ditengking dulu".

Sesungguhnya cerita ini memberi pengajaran bahawa hidup kita seperti putaran roda dan tidak selalunya di atas.

Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya "Sedekah itu dapat menutup tujuh puluh ribu kejahatan".

Wallahualam...:)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan