10 April 2012

Majlis persaraan Guru Besar SKSR 2012



Persembahan kelas 5 Delima 2012 yang begitu menyentuh hati semasa majlis persaraan Pn. Hjh. Sa'diah binti Hassan yang bersara pada 6 April 2012. Anak tersayang, Muhammad Aiman Hannan juga telah membuat persembahan bersama. Tahniah kepad gurunya Pn. Manisah Saat yang berjaya menyentuh hati warga SKSR dengan persembahan ini.

06 Januari 2012

Tugas oh Tugas!!!

Assalamualaikumm...

Hari ni merupakan hari ketiga persekolahan 2012.
Namun senarai panjang tugas-tugas yang masih belum disiapkan dirasakan terlalu banyak. Baru jer disiapkan minit mesyuarat sepanjang 6 muka surat...hehehe
almaklumlah, banyak agenda yang dibincang...

Esok pulak kelas interaksi 1 di ipg pulau pinang...bahan modul pun belum sempat nak baca...takut jugak nak melangkah ke kelas sebab masih belum dapat keputusan peperiksaan yang sebenar...harap-harap dapat berita baik jer...Insyaallah

Apapun, doakan yang terbaik. Amin.

tengok ler video ni...kisah tentang cikgu yang dekikasi dan prihatin...enjoy!

02 Januari 2012

Kembali ke sekolah 2012!!!





Sekolah dah mula balik.

Kejap je rasanya cuti kan...hi3.

Sebagai ibu bapa, keperluan anak-anak perlu disiapkan dengan baik kerana itu salah satu tanggungjawab kita terhadap anugerah Allah yang tidak ternilai harganya.

Alhamdulillah...begitu juga saya.
Biarlah kita berkorban segala-galanya demi permata hati kita.

Hari ini, adik seronok sangat sebab nak ke sekolah. Adiklah anak yang paling kecoh bertanya kalau cuti terlalu lama. Puas jugak nak bagi alasan. Yalah kan, budak-budak ni kadang-kadang susah nak faham. Asyik dok kira hari jer nak ke sekolah.

Seronok bila tengok gelagat adik yang begitu teruja nak pergi sekolah, jumpa cikgu-cikgu dan kawan-kawan. Pagi-pagi lagi dah siap dengan uniform baru dan senyuman tak pernah lekang.

Memandangkan hari ini adalah hari suaikenal, so jam 11.00 pagi dah selesai. Sepanjang perjalanan balik, adik komplen sebab masa tak cukup lagi dah nak balik. Adik rasa kejap sangat kat sekolah. Harap-harap adik akan sentiasa bersemangat untuk belajar dan menjadi salah seorang murid yang cemerlang. Amin.

Sebagai pendidik pulak, pasti semua cikgu sedang menyesuaikan diri dengan tugas-tugas yang mungkin baru diterima...macam saya...:(
Tahun 2012 dapat tugas baru...pegang pss la pulak...

Kadang-kadang, hairan dengan sikap sesetengah orang...bila dapat tugas yang sememangnya tahu buat sebab ada pengalaman, tolak dengan pelbagai alasan...tapi bila nak serah tugas macam-macam azimat pulak yang diberi...so..kesimpulannya TAU TAPI TAK MAU. tapi bila bercakap tentang tugas baru...bermadah pulak minta pandangan orang lain yang kononnya banyak pengalaman...itulah sikap kita hari ini...

Apapun kata-kata keramat yg sentiasa menjadi pegangan...saya yang menurut perintah.

Kembali kepada 'Bussiness' hakiki....mengajar + tugasan yang tidak pernah habis, bahkan makin bertambah....

Apa-apa pun...amanah yang berbayar yang diberikan kepada kita, lakukan sehabis baik dan penuh keikhlasan.

Kalau tidak balasan di dunia.....balasan di akhirat menanti kita.

Lupakan soal SKT atau APC kerana itu bukan matlamat kita, walau pun kekadang nampak pincang dari segi siapa yang layak menerimanya. Biarlah orang yang memberinya jawab di Akhirat kalau tidak berlaku adil. Di dunia boleh lah berlakon...di depan Allah nanti tau lah natijahnya.

Selamat berkhidmat kepada nusa, bangsa dan agama wahai cikgu semua.
akan terus berbakti dan menghayati semangat...

01 Januari 2012

Selamat Tahun Baru 2012



Alhamdulillah...syukur ke hadrat Ilahi kerana nadi masih berdetik tatkala rata-rata menyambut kedatangan tahun baru 2012.

Selamat tahun baru 2012 kepada semua rakan yang menjengah blog ini. semoga 2012 memberi sinar kejayaan yang lebih cemerlang kepada kita semua. Amin.

Saat ini, bila melihat kepelbagaian cara orang meraikan tibanya detik 2012, aku masih termenung lagi seorang diri. Mana taknya, suami tercinta baru je keluar bertugas syif malam dan anak-anak sudahpun tidur. Letih sebab dah dua hari tolong mama bersihkan pss...

Terfikir akan hasrat dan keazaman yang masih belum tertunai...
terfikir juga tentang apa yang ingin kucapai pada tahun 2012...

Walau apapun, aku dah tahu hala tujuanku...semoga apa jua yang mendatang dalam kehidupanku kelak dapat kuhadapi dengan tenang dan sabar....demi satu tujuan...mencari keredhaan Allah.

kepada semua rakan-rakan, pastikan azam kita adalah sesuatu yang membawa kebaikan kepada diri, keluarga dan masyarakat.

Wallahualam...:)

25 Disember 2011

Aurat Wanita

Isu aurat seringkali menjadi isu perbincangan di sana sini.
Adakah lebih baik orang yang bertudung berbanding sebaliknya?
Bagaimanakah cara bertudung yang dianjurkan oleh islam yang sebenarnya?




Dengarkan pandangan Ustaz Kazim tentang Aurat Wanita.





Kesimpulannya, ramai wanita masuk neraka kerana tabarruj. Tabarruj terletak pada kain dan perhiasan.
Semoga perkongsian kita kali ini akan menjadikan kita sebagai wanita muslimah yang lebih baik...Wallahualam.

18 Disember 2011

Dunia ibarat putaran roda



Hari ini, aku tertarik untuk sama-sama berkongsi kisah. Kisah ini adalah dari salah satu koleksi buku-buku yang ada dalam simpanan yang mana ia amat berkait rapat dengan kehidupan kita.

Kisahnya adalah cerita si pengemis dan isteri cantik
.


Pada suatu hari, sepasang suami isteri yang sedang menikmati makanan didatangi seorang pengemis berpakaian lusuh meminta belas kasihan mereka.

"Tolonglah encik, saya lapar, sejak semalam tidak menjamah sesuap nasi". Dengan muka bengis, si suami sambil menjeling isteri yang cantik terus menghalau dan meningking si pengemis itu.

Dalam hatinya berkata,"Aku membina perniagaan hingga berjaya bukan untuk orang lain, tetapi untuk diri dan keluargaku". Si isteri tidak dapat berbuat apa-apa dengan sikap suaminya meskipun terdetik hatinya untuk bersedekah.

Beberapa tahun kemudian, perniagaan si suami jatuh muflis dan dia menjadi miskin. Dia menceraikan isterinya kerana tidak mahu isterinya turut menderita sepertinya. Setahun kemudian, si isteri yang masih cantik itu berkahwin pula dengan lelaki lain.

Pada suati hari, sedang si isteri dan suami barunya mengadap makanan, tiba-tiba seorang pengemis mengetuk pintu sambil meminta belas kasihan. Mendengar rayuan pengemis itu, si suami menyuruh isterinya menghidangkan sepinggan nasi berlaukkan seperti apa yang mereka makan.

Setelah memberi sepinggan nasi kepada pengemis, si isteri menangkup muka sambil menangis. Si isteri mengadu si pengemis itu adalah sebenarnya bekas suami yang dulu pernah menengking seorang pengemis.

Suami yang baru itu menjawab dengan tenang. "Demi Allah, sebenarnya akulah pemngemis yang dihalau dan ditengking dulu".

Sesungguhnya cerita ini memberi pengajaran bahawa hidup kita seperti putaran roda dan tidak selalunya di atas.

Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya "Sedekah itu dapat menutup tujuh puluh ribu kejahatan".

Wallahualam...:)

Air mata wanita...



Wanita memang mudah mengalirkan air mata...jiwa seorang wanita itu terlalu lembut sesuai dengan fitrahnya sebagai ibu...marilah kita renungkan sebuah kisah tentang air mata kehidupan seorang wanita.

Suatu ketika, seorang anak bertanya kepada ibunya, Ibu, mengapa ibu menangis?
Ibunya menjawab, Sebab ibu adalah perempuan, nak. Saya tak mengerti ibu, kata si anak. Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat. Nak, kau memang tak akan mengerti…

Kemudian si anak bertanya kepada ayahnya. Ayah, mengapa ibu menangis? Ibumu
menangis tanpa sebab yang jelas, sang ayah menjawab. Semua perempuan memang sering menangis tanpa alasan.


Si anak membesar menjadi remaja, dan dia tetap terus bertanya-tanya, mengapa perempuan menangis? Hingga pada suatu malam, ia bermimpi dan bertanya kepada Tuhan, Ya Allah, mengapa perempuan mudah menangis? Dalam mimpinya ia merasa seolah mendengar jawapannya:


Saat Ku ciptakan wanita, Aku membuatnya menjadi sangat utama. Kuciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga bahu itu harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur.

Kuberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan bayi dari rahimnya, walau kerap
berulangkali menerima cerca dari si bayi itu apabila ia telah membesar.

Kuberikan keperkasaan yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah saat semua orang sudah putus asa.

Ku berikan kesabaran jiwa untuk merawat keluarganya walau dia sendiri letih, walau sakit, walau penat, tanpa berkeluh kesah.

Kuberikan wanita perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya dalam
kondisi dan situasi apapun. Walau acapkali anak-anaknya itu melukai perasaan dan hatinya. Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada anak-anak yang mengantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat didakap dengan lembut olehnya.

Kuberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya melalui masa-masa sulit dan menjadi pelindung baginya. Sebab bukankah tulang rusuk yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak.

Kuberikan kepadanya kebijaksanaan dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan
menyedarkan bahwa suami yang baik adalah yang tak pernah melukai isterinya. Walau seringkali pula kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap berdiri sejajar, saling melengkapi dan saling menyayangi.

Dan akhirnya, Kuberikan ia air mata, agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus kepada wanita, agar dapat ia gunakan bila masa pun ia inginkan. Ini bukan kelemahan bagi wanita, kerana sebenarnya air mata ini adalah air mata kehidupan....


Ya اَللّهُ, mengapa wanita sering menangis?

JawabNYA: Kerana wanita itu unik.
AKU ciptakan ia sebagai makhluk istimewa,

KU kuatkan bahunya untuk menjaga anak-anaknya,
KU lembutkan hatinya untuk memberi rasa aman,
KU kuatkan rahimnya untuk menyimpan benih manusia,
KU teguhkan peribadinya untuk terus berjuang saat yang lain menyerah,
KU beri dia naluri utk mencintai anak-anak dalam keadaan apapun,
KU kuatkan batinnya untuk tetap menyayangi walau dikhianati oleh teman,walau disakiti oleh orang-orang yang ia sayangi

Wanita makhluk kuat, tapi jika satu saat dia menangis itu kerana KU beri dia air mata utk membasuh luka batin dan memberi kekuatan baru.